50 kotak arak, 930 karton rokok seludup dirampas di Miri


MIRI--Seorang lelaki yang disyaki menjual rokok dan arak tanpa cukai di sebuah premis di sini, ditahan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri kelmarin.


Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata,

hasil pemeriksaan di dalam premis tersebut, pihak polis telah merampas sebanyak 

50 kotak minuman beralkohol  dan 930 karton rokok pelbagai jenama 

tanpa cukai yang dianggarkan bernilai RM 8,000.


"Suspek kini ditahan di Lokap 

Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut, kes ini disiasat di bawah Seksyen 

135 (1) (d) Akta Kastam 1967," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak terlibat atau bersubahat dalam aktiviti pembelian dan penjualan barangan tanpa cukai. 


"Tindakan tegas akan diambil 

terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan ini.


"Orang awam dinasihatkan untuk mendapatkan bekalan daripada pengedar yang sah serta melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada pihak polis," tegasnya.

Next Post Previous Post