Projek iSarawakCare menangi London Design Awards 2022


KUCHING-- Projek iSarawakCare berjaya memenangi London Design Awards 2022 di bawah kategori Perkhidmatan Kerajaan Digital.


Projek berkenaan diilhamkan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti bersama Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri (SSMU) dan SOCOE.



Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia merupakan pengiktirafan dalam usaha mendigitalkan perkhidmatan kerajaan.


"iSarawakCare menawarkan akses yang mudah kepada inisiatif kerajaan, bantuan, perkhidmatan yang disediakan dan kesaksamaan sosial dalam komuniti.



" Ia adalah platform dalam talian yang membolehkan orang ramai menghantar permohonan pada bila-bila masa dan dari mana-mana lokasi, sambil turut memberikan kemas kini program kerajaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, menerusi slogan “One Click at Your Service”, portal iSarawakCare disepadukan dengan sistem sedia ada di Sarawak.


"Antaranya ialah  seperti SarawakNet, SarawakID, Perbendaharaan Negeri, bank serta sistem Kerajaan Persekutuan untuk memudahkan proses mengakses semua platform yang terlibat, “ujarnya.

Next Post Previous Post