Ular sawa 2.5 meter melingkar tidur dalam enjin kereta

Anggota APM menunjukkan ular sawa sepanjang 2.5 meter yang berjaya ditangkap selepas memasuki enjin kereta di Jalan Sing Chong Chay. Gambar kredit APM

MIRI—Seekor ular sawa berukuran 2.5  meter panjang ditemui melingkar di dalam enjin kereta Perodua Viva tengah hari tadi 


Pemilik kenderaan, seorang wanita berusia 31 tahun berkata, kehadiran reptilia itu disedari ketika hendak mencuci kereta tersebut di depan kediamannya di Jalan Sing Chong Chay.


Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Miri (APM) Lt (PA) Mirwan Shah Masri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan itu pada jam 1.09 petang tadi.


Pihaknya mengambil masa hampir 15 minit untuk mengeluarkan reptilia tersebut yang membelit bahagian enjin kereta pengadu.


Reptilia itu kemudian dilepaskan ke habitat asalnya.

Next Post Previous Post