Bot nelayan Indonesia tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan ditahan


KUCHING-- Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sarawak menahan sebuah bot nelayan Indonesia kerana menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan di jarak lebih kurang 7.54 batu nautika daripada pantai Tanjung Po di sini, hari ini.


Komander PPM Wilayah 5 Sarawak, Asisten Komisioner Zulfikar Mohd Ghazali berkata, semasa menjalankan Op Gelora, 

Botronda PSC34  bersama Botronda RHFB 23 telah menahan dan membuat pemeriksaan ke atas sebuah bot nelayan jenis pukat hanyut kelas C nombor pendaftaran SF1-2688.


"Ketika ditahan seorang tekong berusia 42 tahun bersama tiga awak-awak berusia 19 hingga 25 tahun warganegara Indonesia berada di dalam bot terbabit.


"Mereka melakukan kesalahan menjalankan aktiviti penangkapan ikan di kawasan atau jarak yang tidak dibenarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, bot yang digunakan serta, 59 utas pukat hanyut, seunit GPS, seunit

Eco saunder, seunit enjin toyoko, dua set radio, ikan campur anggaran 200 kilogram serta dua pasport telah dirampas.


"Anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM210,000, bot berserta awak- awak di eskot ke heti PPM Wilayah 5 Kuching.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (B) Akta Perikanan 1985, kes diserah kepada Jabatan Perikanan Kuching untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Next Post Previous Post