Abang Johari berpantun umum insentif satu setengah bulan gaji

Bayaran insentif khas satu setengah bulan gaji pokok atau minimum RM2,000, Abang Johari berpantun umum insentif satu setengah bulan gaji

KUCHING—Dua rangkap pantun daripada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg membawa khabar gembira kepada penjawat awam negeri itu apabila beliau mengumumkan bayaran insentif khas satu setengah bulan gaji pokok atau minimum RM2,000.


Ketika menggulung perbahasan untuk Bajet 2023 Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini, beliau berpantun:


Amalan mulia disanjung tinggi,

Budi pekerti sifat terpuji,

Sumbangan penjawat awam kami hargai,

Demi Sarawak ibu pertiwi.

 

Burung kenyalang tinggi di awan,

Singgah ke dahan mencari makan,

Jasa penjawat awam kami kenangkan,

satu setengah bulan gaji bayaran insentif khas saya umumkan.

 

Untuk tahun ketiga berturut-turut, beliau mengumumkan bayaran insentif khas sebanyak RM500 untuk kira-kira 137,000 penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak dan kesemua bayaran berkenaan akan dibuat sebelum penghujung tahun ini, lapor Bernama.


“Kerajaan GPS (Gabungan Parti Sarawak) amat menghargai sumbangan dan komitmen pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara profesional sepanjang tahun ini,” katanya.

LihatTutupKomentar