500 anggota Rela ditugaskan bantu PGA di sempadan

500 anggota Rela ditempatkan bagi membantu Pasukan Gerakan Am (PGA), 500 anggota Rela ditugaskan bantu PGA di sempadan

PUTRAJAYA— Seramai 500 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan ditempatkan bagi membantu Pasukan Gerakan Am (PGA) menjaga keselamatan di lima sempadan negara bermula tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Beliau berkata lima sempadan itu melibatkan pintu masuk di Sabah, Sarawak, Selangor, Kelantan dan Perlis, dan projek penempatan itu kini di peringkat rintis melibatkan 90 anggota sejak Nov 2020 dan pelaksanaan sehingga 500 anggota pula akan bermula tahun depan.


"Kalau ikut perancangan masa hadapan jabatan ini, Rela mahu diberi tugas jauh lebih kompleks, berat dan besar. Itu tekad dan kesungguhan mereka," katanya  kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi di ibu pejabat Rela di sini hari ini, lapor Bernama.


Sementara itu, Saifuddin berkata seramai 188,303 pegawai dan anggota Rela telah diaturgerakkan sejak 15 Okt lepas hingga kini bagi penugasan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan rondaan di kawasan terkesan banjir di empat negeri.


"Secara purata, pada Disember sahaja, seramai 3,173 anggota Rela terlibat membuat rondaan serta menjaga PPS dan pemantauan susulan fenomena monsun timur laut," katanya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.