Seorang parah, tiga alami kecederaan, Toyota Hilux dan Toyota Fortuner bertembung
Gambar BBP Betong |
BETONG: Seorang wanita parah manakala tiga lagi mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan yang melibatkan dua buah pacuan empat roda iaitu Toyota Fortuner dan Toyota Hilux di kawasan Tanjung Skrang, Jalan Pan-Borneo tengah hari tadi.
Menurut Jurucakap Pasukan Alpha BBP Betong, sepasukan anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian pada jam 12.19 tengah hari tadi.
Gambar BBP Betong |
"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sememangnya berlaku kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan jenis pacuan empat roda model sama," ujarnya.
Gambar BBP Betong |
Pasukan Bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan seorang wanita yang terperangkap pada bahagian tempat duduk penumpang bahagian hadapan Toyota Hilux dengan menggunakan cobination rescue cutter bagi membuka pintu kenderaan tersebut seterusnya mengeluarkan mangsa dari kenderaaan terbabit.
Gambar BBP Betong |
Kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Betong bagi mendapatkan rawatan lanjut.