Waspada helah scammer

Pengerusi majlis , Kaunselor Leong Chin Lim (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada ACP Alexson.

MIRI--Orang ramai diingatkan  lebih berwaspada dan melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan scammer.


Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin berkata, scammer hari ini semakin bijak menggunakan teknologi baharu dan produk untuk memperdayakan mangsa.


"Scammer memanfaatkan teknologi baharu untuk mereka cerita yang boleh dipercayai bagi meyakinkan mangsa untuk memberikan  wang atau butiran peribadi mereka," katanya berucap merasmikan Forum Jenayah Siber dan Scammer di Miri di sini hari ini.


Beliau diwakili oleh Kaunselor Jeffery Phang berkata, sehubungan itu orang ramai harus bersikap lebih berhati-hati apabila menggunakan internet atau telefon pintar bagi mengelakkan diri menjadi mangsa sindiket penipuan.


 "Kita semua mempunyai risiko terdedah kepada penipuan, penipuan yang dilakukan oleh  scammer ini berjaya kerana ia kelihatan seperti perkara sebenar dan anda tidak menjangkakannya," katanya.


Seramai 50 peserta menghadiri fourm satu hari itu yang diadakan di Eastwood Golf dan Country Club.


Forum tersebut merupakan anjuran Persekutuam Persatuan-persatuan Cina Sarawak Bahagian Miri bersama Ibu Pejabat Polis Bahgian Miri.


Turut hadir Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Bahagian Miri Datuk David Goh Kien Ping,  Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang, Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Miri DSP Loh Wooi Kee.

Next Post Previous Post