Notification

×

Iklan

Iklan

MASwings tawar promosi 'Jom Balik Undi' bagi pengundi Sabah, Sarawak

| November 01, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-11-01T12:27:20Z
Harga promosi bermula daripada RM135 bagi perjalanan sehala.

KOTA KINABALU-- MASwings menawarkan promosi tambang menerusi kempen ‘Jom Balik Undi’ sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutama bagi pengundi Sabah dan Sarawak yang akan pulang untuk hari pengundian pada 19 November ini.


Ketua Pegawai Operasi MASwings, Kapten Nasaruddin A. Bakar berkata harga promosi bermula daripada RM135 bagi perjalanan sehala dengan tambang termasuk semua itu kini dibuka untuk tempahan mulai hari ini sehingga 30 Nov, 2022 dan ia bagi perjalanan sehingga 31 Dis, 2022, lapor Bernama.


Beliau berkata kekerapan penerbangan juga akan ditambah daripada 21 kali seminggu kepada 28 kali seminggu bagi Miri-Labuan, Miri-Sibu, Kota Kinabalu-Lahad Datu dan Kota Kinabalu-Labuan bermula 18 hingga 21 November.


“Bagi penerbangan Kuching-Limbang, operasi semasa MASwings pada Isnin, Khamis dan Sabtu akan ditambah kepada dua kali sehari pada 18 dan 20 November,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.


MASwings juga akan membuat penerbangan tambahan untuk memenuhi lonjakan permintaan yang dijangkakan bagi beberapa laluan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, katanya.


Nasaruddin berkataMASwings, sebagai nadi Borneo, komited untuk menyediakan pengangkutan udara yang selamat dan boleh dipercayai bagi menyokong dan melancarkan pergerakan sempena PRU15.


Para pengundi tempatan digesa pulang ke kampung halaman masing-masing supaya dapat menunaikan hak mereka sebagai rakyat Malaysia, katanya.


“Kami menggalakkan semua pengundi dan pelanggan untuk membuat tempahan lebih awal supaya tidak kecewa dan terlepas tawaran MASwings,” katanya.

×
Berita Terbaru Update