Warga emas cedera parah dirempuh lori


KUCHING--Seorang penunggang motosikal warga emas cedera parah selepas dirempuh lori dalam kemalangan di Bintawa petang tadi.


Kemalangan kira-kira 1 petang tadi itu dipercayai berlaku ketika mangsa berusia 69 tahun dan pemandu lori dalam perjalanan menuju ke Bintawa.



Rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh dibawah lori manakala motosikalnya terperosok di bawah tayar lori.


Mangsa kemudian dikejarkan ke Unit Rawatan Kecemasan Hospital Umum Sarawak.

Next Post Previous Post