Wan Junaidi undur diri, beri peluang calon wanita bertanding PRU-15

Wan Junaidi memberi peluang kepada calon wanita untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15, Wan Junaidi undur diri,
Wan Junaidi

KUCHING: Keputusan mengundurkan diri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) memberi peluang kepada calon wanita untuk bertanding, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


Menurut bekas Ahli Parlimen Santubong terbabit, ia susulan negara berkehendakkan lebih ramai golongan wanita terlibat sama dalam membuat dasar.


“Sekiranya saya tidak berhenti menjadi Ahli Parlimen, adakah ia menyebabkan sebarang perubahan keadaan? Tidak, ia tidak menyebabkan perubahan. 


“Tetapi sekarang ia wujud perubahan sekurang-kurangnya ada pertambahan calon wanita,” katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini hari ini.


Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata, keputusan itu memberi ruang kepada Rodiyah Sapiee bertanding di Parlimen Batang Sadong bagi menggantikan Datuk Seri Nancy Shukri yang bertanding di Parlimen Santubong. 


Bahkan katanya lagi, sudah tiba masa bagi beliau mengundurkan diri dan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.


“Namun begitu, saya akan bantu Nancy, saya cukup yakin tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu akan bantu Nancy. Apa yang penting kita hendak menang, menang dengan cemerlang di kawasan tersebut,” katanya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.