Lima kawasan Parlimen 'panas' di Sarawak jadi tumpuan polis pada PRU15

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri (kiri) selepas Pelepasan Bantuan Sumber Manusia (BSM) Pegawai Kanan Polis Sempena PRU-15, di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini hari ini. 

KUCHING: Polis Sarawak mengenal pasti dan memberi tumpuan lima kawasan berstatus ‘hotspot’ di negeri ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 


Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kawasan tersebut melibatkan Parlimen Stampin, Bintulu, Bandar Kuching, Lanang, Sibu dan Miri. 



"Sementara itu, kita turut memberi tumpuan di kawasan terdapat pertambahan pengundi iaitu di Senadin dan Lambir di Parlimen Miri, Tupong di Parlimen Petra Jaya dan Parlimen Santubong," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pelepasan Bantuan Sumber Manusia (BSM) Pegawai Kanan Polis Sempena PRU15, di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini hari ini. 



Dalam pada itu, beliau mendedahkan tiada laporan diterima melibatkan semua kawasan Parlimen susulan tiada berlakunya kejadian tidak diingini.


Namun begitu katanya, pihak polis sentiasa menjalankan tanggungjawab untuk mengenal pasti kawasan berkemungkinan panas semasa PRU15. 

Next Post Previous Post