Ular sawa kempunan ayam
MIRI—Seekor ular sawa jenis batik sepanjang dua meter ditangkap sebelum sempat membaham ayam peliharaan seorang penduduk di Kampung Wireless malam tadi.
Difahamkan, keberadaan reptilia itu disedari bapa pengadu yang ketika itu sedang duduk santai di beranda luar belakang rumahnya.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Miri (APM) Lt (PA) Mirwan Shah Misran, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan itu sekitar jam 8.58 malam.
Seramai lima anggota telah dikerahkan ke lokasi.
"Setibanya dilokasi, anggota skuad diberitahu pengadu, seorang wanita berusia 40 tahun, bahawa bapa beliau sedang duduk bersantai di luar beranda belakang rumah terlihat reptilia tersebut sedang cuba membaham ayam peliharaannya," ujar Mirwan.
Operasi tamat pada jam 9.21 malam.
Ular tersebut kemudiannya dilepaskan ke habitat asalnya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.