Lelaki cedera, kereta dipandu masuk longkang


KUCHING--Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu jatuh ke dalam longkang berhampiran St Ann Church, Batu 10, Kota Padawan di sini, awal pagi tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.49 pagi  dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Siburan ke lokasi kejadian.



"Kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan Produa Myvi telah jatuh ke dalam longkang.


"Seorang mangsa berusia 46 tahun telah berjaya keluar sendiri dari kenderaan tesebut sebelum pasukan bomba tiba," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,pasukan bomba membantu mengangkat mangsa menggunakan junkin stretcher dan menggunakan tangga jentera untuk naik ke atas.


"Mangsa seterusnya diserahkan  kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan dan seterusnya mangsa dihantar menggunakan ambulans ke hospital untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

Next Post Previous Post