Tuduhan Anwar ejen Israel: AMK Putrajaya buat laporan polis

AMK Putrajaya meminta polis menyiasat tuduhan Anwar, Tuduhan Anwar ejen Israel, AMK Putrajaya buat laporan polis

PUTRAJAYA-- Angkatan Muda Keadilan (AMK) Putrajaya meminta polis menyiasat tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.


Ketua AMK Putrajaya Mohamad Syazreen Ezam Mohd Saidi berkata perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana ia turut melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara.


"Kami menggesa tindakan tegas diambil mengikut lunas undang-undang yang bersesuaian terhadap individu dan kumpulan yang melemparkan fitnah dan tuduhan yang tidak berasas. 


Kami menyerahkan bukti-bukti yang berkaitan tentang tuduhan tersebut untuk tindakan susulan pihak polis.


"Kami perasan satu audio tular menerusi WhatsApp yang mengatakan Anwar mendapat pertolongan daripada Israel manakala kemarin terdapat hantaran perkara sama di laman Facebook. Ini telah kami kumpulkan untuk diserahkan kepada polis," katanya kepada pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini, lapor Bernama.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.


Semalam, Pakatan Harapan dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan pemimpin gabungan itu sebagai ejen Israel manakala Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata Anwar sudah meminta polis mengambil tindakan terhadap fitnah berkenaan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.