Trump umum tanding jawatan Presiden pada Selasa

Bekas Presiden Donald Trump akan tetap mengumumkan kempen presiden 2024, Trump umum tanding jawatan Presiden pada Selasa
Bekas Presiden Donald Trump akan tetap mengumumkan kempen presiden 2024 pada Selasa.

WASHINGTON—Bekas Presiden Donald Trump akan tetap mengumumkan kempen presiden 2024 pada Selasa, penasihat lama Jason Miller berkata dalam satu wawancara.


Pada Isnin, Trump berkata beliau mempunyai pengumuman besar" untuk dibuat pada 15 Nov. Bagaimanapun, The Washington Post melaporkan sekutu lamanya menggesa Trump untuk menangguhkan langkah itu sehingga selepas pemilihan penentu senat Georgia pada Disember, lapor Bernama.


"Presiden Trump akan mengumumkan pada hari Selasa bahawa beliau akan bertanding untuk jawatan presiden dan ia akan menjadi pengumuman yang sangat profesional, sangat kemas. Kami melakukan semakan pagi ini dengan pasukan logistik,” Sputnik memetik Miller sebagai berkata pada podcast Steve Bannon, War Room, pada Jumaat.


Miller juga berkata Trump "bersemangat" dan mahu orang ramai mengetahuinya.


Parti Republikan dijangka memenangi majoriti Dewan selepas pilihan raya separuh penggal minggu ini, namun merekod prestasi mengecewakan daripada jangkaan. Calon yang disokong Trump mencatat keputusan bercampur-campur dengan bekas presiden itu sendiri mengakui keputusan penggal pertengahan itu "mengecewakan".


Nasib Dewan Negara masih bergantung kepada tiga lagi pemilihan yang belum dilaksanakan. Jika kedua-dua pihak tidak memenangi kerusi kedua-dua Arizona dan Nevada, keputusan Senat akan ditentukan oleh pemilihan di Georgia pada 6 Dis.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.