Kerjasama BN PH akan cetus ketidakstabilan politik - Fadillah

Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), Kerjasama BN PH akan cetus ketidakstabilan politik

KUCHING— Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) hanya mengeruhkan kemelut politik ketika ini.


Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Petra Jaya, Datuk Sri Fadillah Yusof berkata, perkembangan ini akan mencetuskam pergolakan dalam parti itu sendiri.


“Pertama sekali dalam BN itu sendiri, ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong kerjasama BN dan PH. 


Ini sudah tentu mencetuskan ketidakstabilan sekali lagi,” katanya ketika ketika ditemui semasa meluangkan masa bersama belia Satok di Swee Kang Ais Kacang.


Fadillah mengulas dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa BN akan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


“Jika BN dan PH bergabung, itu hak mereka. Keutamaan Sarawak sekarang ialah menentukan dasar di peringkat persekutuan iaitu mewujudkan kerajaan stabil.


Beliau yang juga Ketua Whip GPS menambah, justeru itu beliau menyeru pengundi memilih GPS demi kestabilan.


“GPS sahaja, jangan fikir yang lain. GPS lah yang akan dapat menstabilkan politik negara ketika ini,” katanya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.