Dua lelaki ditahan ugut wartawan buat liputan PRU15

Dua lelaki ditahan selepas disyaki mengugut sekumpulan wartawan, Dua lelaki ugut wartawan yang membuat liputan kempen
Gambar hiasan

SEREMBAN—Dua lelaki ditahan selepas disyaki mengugut sekumpulan wartawan yang membuat liputan kempen seorang calon sebuah parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di sebuah restoran di sini, semalam.


Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata kedua-dua suspek berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu ditahan di Taman Seremban Selatan selepas polis menerima laporan kira-kira pukul 11.50 malam, lapor Bernama 


“Kedua-dua mereka dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan mengugut wartawan untuk tidak membuat liputan media di situ. Seorang wartawan ditolak, dibaling dengan gelas, botol arak dan kasut.


“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu membuat ugutan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau menasihatkan masyarakat supaya memberi kerjasama kepada wakil parti yang berkempen dan media membuat liputan dalam memastikan suasana pilihan raya berjalan lancar dan harmoni.


Jelasnya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana-mana individu yang sengaja mengugat ketenteraman dan keselamatan awam.


Terdahulu, calon parti berkenaan meluahkan rasa kesal dengan perbuatan individu terbabit yang cuba menimbulkan kekacauan sehingga mencemarkan suasana kempen yang sepatutnya diadakan dalam keadaan aman.


Beliau berkata penyokong mana-mana parti politik perlu berfikiran terbuka dan matang sepanjang tempoh berkempen dan tidak melakukan perkara di luar batasan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.