Lelaki alami kecederaan, lori dipandu sarat muatan diesel terbakar

Gambar BBP Bintulu

BINTULU: Seorang pemandu lori yang sarat muatan diesel mengalami kecederaan selepas lori yang dipandunya itu terbakar di Jalan Ulu Sebauh, awal pagi tadi.


Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pemandu lori yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun itu berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang turut berada di situ sebelum dihantar ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan rawatan lanjut.



Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.25 pagi.


"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sememangnya berlaku kebakaran yang melibatkan bahagian kepala lori," ujarnya.



Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran 200 kaki yang sumber buih air diperoleh dari jentera bomba.


Setelah api berjaya dipadam dan keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba telah bertolak balik ke BBP Bintulu.



"Mujurlah kebakaran yang berlaku tidak mendatangkan kemalangan jiwa kerana mangsa berjaya dikeluarkan dari lori dengan bantuan orang awam," tambah beliau.

Next Post Previous Post