Notification

×

Iklan

Iklan

SPRM terima 11 aduan salah guna kuasa, rasuah sepanjang kempen

| November 12, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-11-12T10:44:37Z

KOTA BHARU— Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 11 aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sejak kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula Sabtu lepas.


Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata maklumat berkenaan diterima melalui bilik gerakan suruhanjaya itu yang beroperasi 24 jam dan akan dikaji serta diteliti terlebih dahulu untuk disiasat di bawah Akta SPRM 2009, lapor Bernama.


"Jumlah itu diterima sepanjang tempoh kempen secara bersemuka dan melalui media.


"Tidak semua maklumat diambil kerana SPRM akan meneliti bahawa perkara yang disalurkan adalah betul kerana ada maklumat yang hanya cakap-cakap sahaja," katanya.


Beliau berkata kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kelantan Sempena Hari Keputeraan ke-53 Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar di sini hari ini.


Pada 5 Nov lepas, SPRM melancarkan bilik gerakan di seluruh negara bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRU15.

×
Berita Terbaru Update