MA63 diselesai tanpa banyak rundingan jika PH dapat mandat - Anwar
“Kerjasama antara negeri dan Persekutuan (kerajaan) adalah kritikal. Berikan suara kepada calon-calon kami di Sarawak (di Parlimen) untuk kerjasama negeri dan Persekutuan bagi kami memperjuangkan hak rakyat Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis Tawaran Harapan Untuk Sarawak di sini hari ini.
Dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata sebarang perbincangan untuk bekerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di peringkat Persekutuan akan diadakan selepas keputusan PRU15.
Beliau berkata PH mahukan kerjasama erat bukan sahaja dengan GPS, malah dengan semua kerajaan negeri termasuk yang masih diperintah oleh PAS.
Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata antara empat prinsip utama bagi tawaran hari ini adalah untuk memperkasakan wilayah Sabah dan Sarawak menerusi pelaksanaan MA63 dan desentralisasi kuasa kepada kedua-dua wilayah itu.
“Selain itu, merapatkan jurang pembangunan wilayah Sabah, Sarawak dan Semenanjung serta membela nasib orang asal, Sabah, Sarawak dan Semenanjung,” katanya.
Kesemua aspek berkenaan, kata beliau telah dimasukkan dalam Tawaran Harapan PRU15 yang dilancarkan baru-baru ini.
Menurut Chong perincian mengenai kesemua prinsip tawaran itu di Sarawak akan dikongsikan dengan orang ramai dalam beberapa hari lagi.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.