Notification

×

Iklan

Iklan

JPS keluar notis risiko banjir di 6 negeri termasuk Sarawak

| November 12, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-11-12T11:56:54Z

KUALA LUMPUR—Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat bagi enam negeri melibatkan Johor, Terengganu, Kedah, Sabah, Sarawak dan Selangor.


JPS dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 3 petang tadi memaklumkan ia berdasarkan maklumat ramalan hujan daripada sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS Malaysia.


Menurut maklumat itu, terdapat risiko berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi di negeri berkenaan sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku dalam tempoh 12 jam daripada waktu notis dikeluarkan.


JPS memaklumkan di Sarawak melibatkan daerah Kuching, Lundu, Samarahan, Asiajaya, Sebuyau, Kecil Sundar, Kecil Trusan dan kawasan di sekitarnya.


Di Johor, kawasan yang berkemungkinan dilanda banjir kilat ialah daerah Batu Pahat melibatkan Parit Jambul Laut, Kampung Talang, Batu 2 Sembrong, Kampung Cahaya Baru, Parit Kuari, Parit Lapis Semarang, Parit Londang, Kampung Baru Sri Gading dan kawasan di sekitarnya serta Felda Air Tawar 1 di Kota Tinggi, lapor Bernama.


Daerah Johor Bahru pula antaranya membabitkan Kampung Tuah Jaya, Jalan Bukit Dagang ke Kampung Pasir Salam, Kampung Paya Sungai Redan, Kampung Sepakat, Masai, Kampung Rinting Masai, Kampung Pertanian Masai, Pekan Masai, Tebrau, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia, Kampung Melayu Gelang Patah, Taman Syed Idros, Kampung Baru Muafakat (Gelang Patah), Jalan Tawakal dan Kampung Melayu Kangkar Pulai.

 

JPS memberitahu kawasan yang mungkin terjejas di daerah Pontian ialah Kampung Sungai Bunyi, Parit Kahar, Parit Abd Rahman Laut, Parit Baran, Sanglang, Kampung Melayu Bukit Panjang, Kampung Jasa Sepakat, Kampung Bukit Panjang, Kampung Seri Bunian, Parit Semerah, Kampung Parit Mat Yakin, Parit Kudus, Kampung Parit Pasir, Kampung Ulu Pulai, Parit Batu 26, Parit Baran, Api-api, Parit Wak Jalal, Parit Rambai, Parit Sulaiman serta kawasan sekitarnya.


Di Terengganu, lokasi yang berisiko banjir melibatkan Kampung Surau, Kampung Kuala Jengai serta kawasan sekitarnya dalam daerah Dungun.


Kawasan di Kedah pula merangkumi Bandar Alor Setar, Taman Aman, Pekan Gunong serta kawasan sekitarnya di daerah Kota Setar; Bandar Gurun, Merbok dan kawasan sekitarnya di daerah Kuala Muda manakala daerah Yan membabitkan Bandar Guar Cempedak, Singkir, Yan dan kawasan sekitarnya.


JPS memaklumkan di Sabah, kawasan yang berkemungkinan banjir kilat ialah di daerah Papar iaitu Kampung Kabang, Kampung Lakut, Kampung Kayau, Kampung Kopimpinan, Kampung Kinuta, Kampung Padawan, Kampung Takis, Kampung Mikik, Kampung Surapit, Kampung Biau, Kampung Kawari, Kampung Nagapas, Kampung Sabandil, Kampung Sapat, Kampung Simpudu, Kampung Limputong, Kampung Purak, Kampung Tanjung Bunga, Kampung Langsat, Kampung Jawa serta kawasan sekitarnya.


Daerah Tuaran pula meliputi Kampung Timbok, Kampung Panjut, Kampung Marabahai, Kampung Labuaya, Kampung Batangan, Kampung Dungang, Kampung Barus, Kampung Dungun, Kampung Lakang, Kampung Roun, Kampung Tagas, Pekan Tuaran, Taman Sri Rugading, Kampung Giling, Kampung Laya-Laya, Kampung Gayang, Kampung Kauluan, Kampung Laya-Laya Indai, Rugading, Tambalugu serta kawasan sekitarnya.


Di Selangor membabitkan daerah Klang iaitu Bandar Klang, Kapar, Klang, Pekan Kapar, Pekan Pandamaran serta kawasan sekitarnya; daerah Kuala Langat meliputi Kelanang, Mukim Bandar, Pekan Chodoi, Pekan Jenjarom, Tanjong Dua Belas, Telok Panglima Garang serta kawasan sekitarnya dan daerah Kuala Selangor melibatkan Pasangan, Pekan Bestari Jaya dan kawasan sekitarnya.


Turut terlibat daerah Petaling di Bandar Shah Alam, Bukit Raja, Damansara, Pekan Batu Tiga, Pekan Hicom, Sungai Buloh serta kawasan sekitarnya dan daerah Sepang meliputi Dengkil, Pekan Tanjung Mas, Sepang serta kawasan sekitarnya.


JPS memaklumkan notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh berkenaan.


Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa dan dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir.

×
Berita Terbaru Update