SPRM kesan individu bantu siasatan pemalsuan dokumen darjah kebesaran


KUALA LUMPUR—Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes berkaitan sindiket pemalsuan dokumen Pengesahan Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka.


Sumber SPRM ketika dihubungi hari ini memaklumkan lelaki tersebut yang merupakan seorang saksi, dikenali sebagai Low Kia Seng berusia 56 tahun, lapor Bernama.


“Alamat terakhirnya ialah di No. 187, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, Johor Bahru. Kes ini masih dalam siasatan SPRM,” katanya.


Menurutnya orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Azril Ibrahim di talian 017-8816717 atau e-mel kepada azril@sprm.gov.my.


Pada 19 Okt lepas, seorang wanita bergelar Datuk dan seorang penjawat awam direman tiga hari bagi membantu siasatan kes berkenaan. Permohonan reman disambung sekali lagi selama lima hari terhadap penjawat awam terbabit.

Next Post Previous Post