Notification

×

Iklan

Iklan

Sofian pertikai mengapa GPS buat manifesto PRU15

| November 11, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-11-11T01:19:55Z
GPS hanya bertanding 31 kerusi dan tidak mungkin mampu membentuk kerajaan secara bersendirian - Sofian Julaihi

KUCHING— “Gabungan Parti Sarawak hanya bertanding 31 kerusi, apa tujuan menyediakan manifesto untuk peringkat Persekutuan?


Itu persoalan yang dilontarkan calon Pakatan Harapan (PH) Petra Jaya, Sopian Julaihi terhadap GPS yang menyediakan manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Ujar Sopian, secara amnya manifesto dilancarkan  untuk dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan, iaitu melibatkan Parlimen.


"Hal ini menimbulkan keraguan dari calon PH, kerana peruntukan kerusi GPS yang hanya 31 buah itu menyediakan sebuah manifesto yang bakal digunakan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan adalah tidak berasas.


“Berbanding PH yang bertanding di kesemua 222 kerusi parlimen, GPS hanya bertanding 31 kerusi dan tidak mungkin mampu membentuk kerajaan secara bersendirian,” katanya dalam satu kenyataan.


Ujar Sofian, pembentukkan sesebuah kerajaan di peringkat Persekutuan memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk memastikan sesebuah kerajaan dibentuk. 


“Meskipun GPS boleh membentuk kerajaan campuran bersama gabungan lain, adakah manisfesto yang dijanjikan kepada rakyat akan diambil kira oleh gabungan yang lebih besar?” soalnya.


Katanya, kalaupun GPS dapat membentuk kerajaan gabungan, apa jaminan manifesto itu boleh dilaksanakan memandangkan GPS tidak akan menjadi kelompok majoriti dalam kerajaan campuran.


Justeru itu, beliau berkata lebih baik rakyat Sarawak mengundi PH yang boleh mengotakan janji manifesto sekiranya membentuk kerajaan.


“Terutama janji Timbalan Perdana Menteri 2 yang akan meningkatkan pembangunan di Malaysia Timur untuk setara dengan wilayah Indonesia yang akan dipindahkan ibu negaranya ke Kalimantan Timur,” katanya.

×
Berita Terbaru Update