Siapa calon GPS di Batang Lupar?

calon GPS di Batang Lupar, Rohani, Dayang Nurfizawati dan Awangku Hafizi,FB Awangku Hafizi

(Dari kiri) Rohani, Dayang Nurfizawati dan Awangku Hafizi

KUCHING — Kerusi Parlimen Batang Lupar berkemungkinan bakal menyaksikan pertembungan dua anak buah Premier Sarawak.


Nama Dayang Nurfizawati Datuk Abang Abdul Karim disebut-sebut sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Batang Lupar.


Selain Dayang yang sudah lama diangkat sebagai setiausaha politik sejak 2017, seorang lagi anak saudara dari sebelah isteri Abang Johari Tun Openg sudah lebih 10 tahun berkampung di DUN Lingga bertanding sebagai calon Bebas pada PRN11 sebelum menyertai PSB pada PRN12.


Namun begitu, Datuk Wan Abdillah Datuk Seri Wan Abdul Rahman, sudah keluar PSB dan kini dipercayai aktif bergerak sebagai bakal calon bebas mengintai kerusi Batang Lupar.


Tangkap layar media sosial FB Awangku Hafizi yang dilihat bergerak aktif mendekati rakyat akar umbi.

Selain itu seorang lagi individu dilihat bergerak aktif di Batang Lupar. Awangku Hafizi Awang Azahari yang disebut-sebut sebagai calon dilihat aktif di media sosial bertemu rakyat di peringkat akar umbi.


Sebelum ini sumber dalaman GPS dipetik FMT berkata, Timbalan Ketua Wanita PBB Rohani Abdul Karim berharsat untuk bertanding dalam PRU15, namun kali ini mungkin menghadapi tentangan.


Sumber itu berkata, Rohani sudah berjumpa dengan Abang Johari selaku Pengerusi GPS dan menyatakan hasrat untuk mempertahankan kerusi itu buat penggal kelapan.


“Rohani menawarkan diri untuk bertanding di Batang Lupar bagi satu penggal lagi.


Namun, beliau diberitahu perkara itu boleh ‘dibincangkan, Pertemuan itu hanya berlangsung selama kira-kira 10 minit,” katanya.


Rohani berkhidmat selama empat penggal sebagai Ahli Parlimen Batang Lupar sejak 2004.


Rohani, 67, sebelum ini dipilih menjadi Ahli Parlimen Santubong sebanyak tiga kali dari 1990 hingga 2004.


Beliau kemudian dicalonkan bertanding di Batang Lupar pada 2004 yang dimenanginya tanpa bertanding. Beliau dipilih semula pada 2008, 2013 dan 2018.


“Beliau masih mahu bertanding untuk penggal ke-8. 


Namun ia tidak semudah itu kerana pengundi di Batang Lupar berminat untuk diwakili calon yang lebih muda kali ini, tanpa mengira jantina,” katanya.


PBB mempunyai tradisi menghantar sekurang-kurangnya empat calon wanita ke Dewan Rakyat. 


Dalam PRU14, selain Rohani Karim, PBB turut mencalonkan Datuk Hanifah Hajar Tun Taib di Mukah, Datuk Rubiah Wang di Kota Samarahan dan Datuk Seri Nancy Shukri di Batang Sadong. 


Kedudukan Rohani di Batang Lupar agak sukar untuk dipertahankan berikutan prestasi hambar beliau di peringkat akar umbi serta pengaruh yang semakin berkurangan berikutan faktor usia yang semakin lanjut.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.