Notification

×

Iklan

Iklan

Posa sedia lepas jawatan Presiden FAS, Pengerusi SUFC

| November 01, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-11-01T08:09:31Z

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS)

KUCHING-- Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) merangkap Pengerusi Sarawak United FC (SUFC), Datuk Posa Majais sedia menyerahkan jawatan itu kepada individu yang berminat untuk mengalas tanggungjawab itu.


Posa berkata, beliau sangat mengalu-alukan individu yang berminat dan berhasrat mengalas tanggungjawab sebagai Presiden FAS dan Pengerusi SUFC. 


"Individu yang berminat boleh datang ke pejabat dan berjumpa dengan pihak pengurusan tertinggi bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Berhubung perlesenan kelab, Posa berkata, beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan kesemua urusan tadbir berjalan lancar. 


"Sekiranya keputusan sama ada lulus atau tidak perlesenan kelab untuk 2023, bagi pihak SUFC dengan rendah diri akan akur dengan keputusan jawatankuasa rayuan jika terpaksa bermain di liga divisyen kedua," ujarnya. 


Mengulas lanjut  jawatannya itu, beliau ingin mengingatkan bakal pemegang jawatan yang berminat harus bersedia memikul tanggungjawab besar terhadap FAS dan SUFC.


"Untuk makluman dan pengetahuan, FAS dan SUFC memerlukan perbelanjaan yang besar dalam setahun untuk lima pasukan utama, senior team-liga super, pasukan bawah 23, pasukan bawah 20 pasukan bawah 18, futsal lelaki dan futsal wanita," jelasnya. 


Tambahnya, urus tadbir semua pasukan-pasukan SUFC memerlukan dana kewangan yang besar bagi memastikan kesemua pasukan boleh beraksi dalam penganjuran Liga Malaysia.


"Turun naik sesebuah pasukan tidak mustahil menjadi pemangkin semangat kami untuk kembali ke kancah Liga Super 2024.


"Akhir kata, terima kasih kepada semua peminat yang sangat mengambil berat tentang keberadaan situasi FAS dan SUFC selama ini," ujarnya. 

×
Berita Terbaru Update