Seorang maut, dua cedera diserang babi hutan
![]() |
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Gambar kredit Bomba |
IPOH— Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera apabila diserang seekor babi hutan di Jalan Kampung Paya Ara, Pantai Remis.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata mangsa yang maut, Syaiful Anuar Abdul Wahab, 46, telah diserang oleh haiwan itu semasa dalam perjalanan ke kebunnya, lapor Bernama.
"Dua lagi mangsa masing-masing berumur 49 dan 60 tahun mengalami kecederaan ringan ketika mahu membantu mangsa daripada diserang babi tersebut.
"Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis menerima panggilan mengenai insiden itu pada 7.05 malam," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata petugas kesihatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
"Anggota bomba membantu memberi pencahayaan kepada pihak polis untuk menembak babi tersebut," katanya sambil menambah operasi tamat pada 8.10 malam.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.