Notification

×

Iklan

Iklan

Manifesto berteraskan akujanji, komitmen GPS memastikan Sarawak maju dan makmur

| November 06, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-11-11T01:19:54Z
Manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada PRU15 berteraskan akujanji dan komitmen memastikan Sarawak maju dan makmur -  Awang Tengah

KUCHING—Manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) menumpukan kepada lima tonggak utama yang berpaksi kepada 25 teras pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Timbalan Yang Di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, manifesto ini adalah merupakan akujanji dan komitmen GPS memastikan Sarawak terus stabil, maju dan makmur.


“Dalam pilihan raya parlimen kali ini, kita mahu kemenangan yang besar supaya suara kita di Parlimen akan bertambah kuat. 


“Kita juga akan terus memperjuangkan hak dan kepentingan Sarawak yang terhakis baik secara sengaja mahupun tak sengaja agar ianya dikembalikan kepada Sarawak,” katanya pada majlis pelancaran manifesto GPS PRU15 di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) di sini, malam ini.


Majlis tersebut disempurnakan oleh Presiden GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Hadir sama, Presiden SUPP Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS),  Datuk Joseph Salang dan wakil GPS yang lain.


Jelas Timbalan Premier Sarawak itu lagi, dengan kemenangan yang besar GPS akan terus komited berjuang dan membela hak rakyat Sarawak. 


Katanya, rakyat Sarawak berhak mendapatkan peruntukkan lebih banyak dari Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan lagi pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas seperti jalan raya, jambatan, bekalan air dan elektrik, dan sistem telekomunikasi.


“Malah, rakyat Sarawak berhak untuk mendapatkan lapangan terbang dan pelabuhan yang lebih moden, efisen dan berhak untuk mendapatkan infrastruktur pendidikan dan kesihatan yang lebih baik dan bertaraf tinggi.


“..dan rakyat Sarawak turut berhak untuk mendapatkan kemudahan perumahan yang selesa dan mampu milik," katanya.

×
Berita Terbaru Update