Chong cabar Khere Chiang dan Eric Tay namakan calon PM

Chong cabar Khere Chiang dan Eric Tay namakan calon PM 

KUCHING—Calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Stampin Chong Chieng Jen mencabar calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Stampin dan Bandar Kuching untuk menamakan calon Perdana Menteri yang ada dalam fikiran mereka.


Cabaran itu dilemparkan Chong kepada kedua-dua calon GPS-SUPP, Lo Khere Chiang calon (Stampin) dan Eric Tay  (Bandar Kuching.


“Memandangkan GPS menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan (PH) sebagai PM, maka parti itu perlu menamakan calon yang ada.


“Bagi mereka menolak kemungkinan dan pilihan, ia telah memberi mereka hanya empat calon iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, atau Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk dipilih dengan melihat politik semasa di Malaysia.


“Justeru saya cabar Khere Chiang dan  Eric Tay  namakan pilihan mereka yang layak menjawat jawatan sebagai PM,” katanya pada sidang media di pejabat DAP Sarawak, di sini hari ini.


Hadir sama calon DAP Bandar Kuching Dr Kelvin Yii.


Dalam pada itu, Chong yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak menegaskan, bagi semua pilihan raya parlimen, elemen paling penting bagi mana-mana parti gabungan untuk pergi ke pilihan raya ialah mengetahui dan memberitahu rakyat siapa Perdana Menteri pilihan mereka.


Beliau menambah, analogi yang sama dengan pilihan raya negeri di mana parti itu perlu memberitahu rakyat siapa pemimpin pilihan mereka sekiranya mereka memenangi pilihan raya.


“Jika anda tidak boleh menamakan calon Perdana Menteri untuk gabungan itu atau anda sendiri atau parti, maka anda tidak bermatlamat dalam keseluruhan pilihan raya ini. 


“Oleh itu, saya mencabar calon-calon supaya memberitahu rakyat di Sarawak siapa PM pilihan anda. Ini adalah pilihan raya Parlimen yang akan menjejaskan pilihan raya Kerajaan Persekutuan dan pemimpinnya.


“Pilihan anda penting untuk pertimbangan rakyat semasa mengundi.  Anda harus berterus terang dan jujur ​​kepada rakyat. Jangan mengelak isu itu lagi.


“Sama ada anda cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengundi,” tegasnya.


Beliau juga menegaskan bahawa GPS masih belum mendedahkan pendirian mereka bahkan sehingga hari kedua tempoh berkempen, SUPP dan calon mereka, malah GPS tidak mengumumkan pilihan mereka.


Mengenai kempen SUPP, Chong menyatakan bahawa SUPP sedang berkempen menyeru pengundi Sarawak untuk memberikan GPS lebih banyak kerusi.


Beliau bagaimanapun melihat, sekiranya GPS sekali lagi memperoleh kemenangan besar seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas, ia akan menghilangkan intipati demokrasi.


“Mengenai kempen SUPP- untuk memberi GPS lebih banyak kerusi, saya percaya intipati demokrasi ialah semak dan imbangan.


“Sekiranya GPS mendapat kemenangan besar dalam PRU15 di Sarawak, pasti ada kuasa mutlak diberikan kepada GPS. Rakyat Sarawak akan dilucutkan semak dan imbang dan memberi kuasa mutlak kepada GPS tidak mendatangkan faedah.  


“Kita pernah mengalami satu ketika di zaman ‘tyranny’ dahulu dan kita tidak sepatutnya mengulangi perkara itu lagi,” katanya.

Next Post Previous Post