Rumah pekerja ladang terbakar, 16 penghuni hilang tempat tinggal

Lapan keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman terbakar. Gambar kredit Bomba 

BALAI RINGIN—Seramai 16 penghuni daripada lapan keluarga hilang tempat tinggal selepas rumah pekerja ladang di Jalan Melikin di sini, terbakar pagi tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Serian bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 9.42 pagi.



"Kebakaran melibatkan lapan pintu rumah pekerja jenis tidak kekal berjaya dikawal dan dipadamkan sendiri oleh pekerja ladang menggunakan peralatan memadam api.


"Kebakaran melibatkan kemusnahan pada keseluruhan rumah pekerja tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.



Tambahnya, kebakaran tidak melibatkan kecederaan dan semua penghuni dalam keadaan selamat.


"Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat anggota bomba bertolak balik ke balai," ujarnya.

Next Post Previous Post