2 wanita Indonesia cedera dilanggar ketika lintas jalan

Gambar hiasan

SERIAN—Dua wanita warganegara Indonesia cedera semasa melintas jalan selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 50, Jalan Serian-Kuching di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, kejadian 8.20 pagi itu berlaku apabila sebuah kereta jenis Myvi yang  dipandu lelaki berusia 33 tahun bergerak dari arah Kuching menuju ke arah Bandar Serian.


“Kereta terbabit disyaki dipandu laju telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar simen pembahagi jalan sebelum merempuh dua wanita  yang berada di atas pemisah jalan. 


"Akibat perlanggaran itu kedua-dua wanita tersebut telah mengalami cedera ringan dan telah dihantar oleh pemandu kenderaan terbabit ke Hospital Serian untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, kedua-dua wanita tersebut telah menerima rawatan sebagai pesakit luar.


"Semasa kejadian cuaca cerah dan jalan raya kering, kes kemalangan ini masih di dalam siasatan," jelasnya.

Next Post Previous Post