Anwar Ibrahim calon PM terbaik untuk rakyat, kata Abdul Halil

Siapa bakal Perdana Menteri negara selepas ini, Anwar Ibrahim calon PM terbaik untuk rakyat, Pilihan Raya Umum Ke-15
Abang Abdul Hailil bakal dicabar penyandang dua penggal kerusi Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

KOTA SAMARAHAN—Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini amat penting untuk rakyat di Sarawak memilih siapa bakal Perdana Menteri negara selepas ini.


Calon arti AMANAH bagi kerusi Parlimen Kota Samarahan, Abang Abdul Halil Abang Naili, 62, berkata, Pakatan Harapan (PH) mahu melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri dalam pilihan raya ini.


"Ini bukan masa untuk kita memilih kerajaan negeri, tetapi kita perlu pilih Perdana Menteri yang tepat," katanya.


Bekas jurutera yang sudah empat kali bertanding itu berkata, isu golongan belia di Kota Samarahan akan diberi keutamaan jika memenangi pilihan raya.


“Isu termasuk peluang pekerjaan kerana ramai antara mereka yang masih memerlukan pekerjaan. Selain itu pemilikan rumah, ramai golongan belia sukar mendapatkan rumah.


“Saya percaya, melalui polisi yang baik kerajaan dapat membantu golongan ini,” katanya.


Abang Abdul Halil menambah, Kota Samarahan mempunyai banyak potensi yang boleh dibangunkan.


"Kota Samarahan juga dikenali sebagai kawasan pertanian yang perlu dibangunkan dengan skala yang lebih besar," tegasnya.


Abang Abdul Hailil bakal dicabar penyandang dua penggal kerusi Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.