PRU15: Polis Sarawak lulus 59 permit ceramah

Parti politik dan kumpulan penyokong dinasihatkan tidak menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati - Supt Douglas Nyeging

KUCHING— Polis Sarawak setakat semalam telah meluluskan 59 permohonan permit ceramah bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seluruh Sarawak.


Jurucakap Media PRU Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Supt Douglas Nyeging Taong berkata, sejak hari penamaan calon sehingga hari ini situasi keselamatan di Sarawak terkawal.


“Secara keseluruhannya tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.


PDRM Sarawak menasihatkan supaya semua parti politik dan kumpulan penyokong tidak menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak semasa berkempen,” katanya menerusi kenyataan hari ini.


Beliau menambah, polis mengingatkan orang awam berkempen secara berhemah dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. 


“Sekiranya berlaku sebarang permasalahan, mana-mana pihak dinasihatkan merujuk terus kepada PDRM Sarawak atau ibu pejabat polis yang berdekatan untuk tindakan selanjutnya,” tegasnya.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 19 Nov manakala pengundian awal pada 15 Nov.

Next Post Previous Post