Tanah runtuh akibat paip pecah sambut Fadillah ketika berkempen

Fadillah Yusof kekalkan tradisi kempen dengan berjumpa jentera parti dan rakyat, Tanah runtuh akibat paip pecah sambut Fadillah ketika berkempen
Fadillah meninjau tebing jalan runtuh akibat paip bocor di kawasan kediaman Lorong Bangau 7 Kampung Semerah Padi pagi ini.  

KUCHING—Calon Parti Gabungan Sarawak (GPS) Datuk Sri Fadillah Yusof mengekalkan tradisi kempen dengan berjumpa jentera parti dan rakyat, dalam memenangi hati pengundi Parlimen Petra Jaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.


Menurut penyandang Parlimen Petra Jaya sejak 2004 itu, seperti biasa beliau akan berjumpa dengan rakyat untuk melihat dan mendengar masalah mereka.



“Kita meneruskan kerja seperti biasa , berjumpa dengan jentera parti dan penduduk Petra Jaya. Selain itu, kita turut memantau sosial media.


“Nampaknya di kawasan Petra Jaya semangat orang ramai bersama GPS begitu kuat sekali. Saya ucapkan terima kasih kepada orang ramai yang terus menyokong GPS,” katanya.


Fadillah yang juga Menteri Kanan Kerja Raya berkata demikian selepas meninjau tebing jalan runtuh akibat paip bocor di kawasan kediaman Lorong Bangau 7 Kampung Semerah Padi pagi ini.  


“Semoga sokongan ini membawa kemenangan besar bukan hanya di Petra Jaya malah seluruh Sarawak,” katanya sambil menambah aktiviti kempen hari ketiga berjalan lancar.


Kerusi Parlimen Petra Jaya bakal menyaksikan persaingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini. 


Fadillah dijangka hadapi saingan sengit dari calon Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR) Datuk Othman Abdillah yang sangat popular ketika ini, selain Sopian Julaihi dari Parti Keadilan Rakyat (PKR)


Sementara itu, Fadillah berkata beliau sudah sudah meminta Lembaga Air Kuching (KWB) untuk membaiki kerosakan paip bocor di kawasan tersebut dengan segera.


“Malah cerun juga akan dibaiki dan dilaksanakan segera. 


“Kita tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku terutamanya kepada pemilik rumah berdekatan dengan jalan runtuh dan penduduk sekitar,” katanya.


Beliau turut beramah mesra dengan rakyat setempat ketika melakukan aktiviti senaman pagi di Kuching Waterfront dan pada sebelah menghadiri program Wanita Kemas Samariang dan melawat Bilik Gerakan Petra Jaya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.