Proses pengundian P.220 Baram hari ini
![]() |
Pengundi di Long Banga berbaris seawal 7 pagi untuk mengundi PRU15 di SK Long Banga hari ini. Gambar kredit WA Group |
BARAM— Sejumlah 12 pusat mengundi bagi Parlimen Baram, Sarawak dibuka untuk proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini, selepas ia ditangguhkan sebelum ini akibat faktor cuaca.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata waktu mengundi bermula dari 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari atau 2 petang, bergantung kepada pusat mengundi masing-masing.
![]() |
Calon kerusi Parlimen Baram Roland Engan dari PH bergambar bersama calon GPS Datuk Anyi Ngau semasa mengundi di Long Silat, Baram Sabtu lalu. Gambar Wa Group |
Pusat mengundi terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Naah, SK Long Luteng, Rh TK Matthew Belulok Lalo, Kpg Lepo Gah, SK Long Sait, SK Long Tungan, SK Long Moh, SK Long Mekabar, SK Long Jekitan, SK Long Lamei, SK Lio Mato dan SK Long Banga.
Rh TK John Jau Wan di Long Semiang turut dibuka sebagai pusat mengundi tambahan, lapor Bernama.
Sementara itu tinjauan di SK Long Banga, pengundi sudah berbaris seawal 7 pagi untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Pada Sabtu, sejumlah 11 Pusat Mengundi di Parlimen Baram telah digantung susulan keadaan cuaca yang tidak baik.
Menurut SPR, petugas-petugas tidak dapat sampai ke lokasi bertugas sama ada melalui udara, darat dan air.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.