Notification

×

Iklan

Iklan

Presiden PBK ditahan di bawah Akta Hasutan 1948

| November 24, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-11-24T04:05:33Z

KUCHING—Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan dan beberapa orang rakan ditahan polis malam tadi di bawah Akta Hasutan 1948.


Difahamkan Voon dan rakan-rakan memandu di dalam beberapa kenderaan disekitar beberapa kawasan di bandaraya Kuching sambil menggunakan pembesar suara melaungkan bantahan terhadap Kerajaan Sarawak.


Voon berkata, mereka ditahan di Balai Polis Simpang Tiga, tetapi pihak polis tidak memberitahu aktiviti atau perkataan yang dilakukan  dikatakan bertentangan dengan undang-undang. 


Menurutnya, dalam beberapa hari lepas selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berakhir, ramai rakyat Sarawak menyatakan kebimbangan mereka tentang kemungkinan Gabungan Parti Sarawak(GPS)  membentuk Kerajaan Persekutuan dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS). 


"Walaupun ramai rakyat Sarawak telah menyatakan pandangan mereka dalam akhbar atau media sosial, Premier Sarawak dan rakan-rakannya masih mahu meneruskan rancangan mereka. 


"Orang ramai bimbang kerana PAS sebagai parti ekstremis dan gaya politik dan ideologi mereka tidak diterima oleh rakyat Sarawak," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, lebih 10 pegawai polis datang dengan kenderaan polis lengkap bersenjata untuk menangkap mereka. 


"Kami hanya menjalankan kerja politik kami dengan aman dan saya tidak nampak apa-apa yang salah. 


"Saya menganggap datang untuk menangkap kami pada waktu malam ketika ahli keluarga kami sedang tidur adalah sesuatu yang harus dielakkan, perkara itu boleh dilakukan pada sebelah pagi," ujarnya.


Katanya, beliau sudah hendak tidur ketika telefonnya berdering Dan mencadangkan 

penahanan sebegitu pada lewat malam harus dihentikan dan tidak perlu kerana sebagai pegawai polis bersara saya dikenali oleh polis.


"Saya boleh katakan menghalang saya daripada tidur adalah bertentangan dengan hak asasi manusia dan tidak mengikut perlembagaan kerana menghalang tidur seseorang memberi kesan kepada kehidupan orang itu," tegasnya.

×
Berita Terbaru Update