DAP mohon maaf kepada kerajaan, rakyat Sarawak

DAP mohon maaf kepada kerajaan

KUCHING— Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengadakan pertemuan dengan Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg di kediamannya di Kuching hari ini.


Loke berkata, dalam pertemuan itu DAP memohon maaf kepada Abang Johari sekiranya terdapat kenyataan pemimpin parti itu yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak.


 

“Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra. Saya telah memaklumkan kepada Premier bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka.


Saya berharap pertemuan hari ini akan membuka satu lembaran baru untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif,” katanya Loke dalam kenyataan


Turut hadir bersama ialah YB Timbalan Premier Sarawak, Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.