Pokok tumbang hempap dapur rumah

Pokok tumbang menghempap bahagian dapur sebuah kediaman di Kampung Lintang Baru, Pokok tumbang hempap dapur rumah
Keadaan bahagian dapur yang dihempap pokok tumbang. Gambar kredit Bomba

SERIAN—Sebatang pokok tumbang menghempap bahagian dapur sebuah kediaman di Kampung Lintang Baru, Batu 28 Jalan Kuching-Serian di sini, petang semalam.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 5.51 petang dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan ke lokasi kejadian.



"Setiba di tempat kejadian didapati sebatang pokok asam telah tumbang menghempas bahagian dapur rumah yang dihuni seramai tiga orang.


"Semasa kejadian angin kencang dan hujan lebat,kesemua penghuni tidak berada di rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,setelah melakukan size up dan mendapati tidak ada kemalangan jiwa, komander operasi mengarahkan anggota Bomba melakukan pemotongan dan pembersihan pokok tumbang menggunakan gergaji rantai dan parang sehingga selesai. 


"Setelah memastikan keadaan kembali selamat, pasukan Bomba dan jentera bertolak balik ke balai," ujarnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.