Penumpang maut, dua pikap bertembung di Jalan Beluru Bakong

dua pikap bertembung di Jalan Beluru Bakong petang semalam, Penumpang maut dua pikap bertembung di Jalan Beluru Bakong
Keadaan dua pikap yang bertembung di Jalan Beluru Bakong petang semalam mengakibatkan seorang maut dan dua cedera. Gambar kredit IPD Miri

MIRI— Seorang penumpang maut manakala dua lagi cedera apabila dua pikap bertembung di Jalan Beluru Bakong petang semalam.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, kejadian berlaku pada jam 4.30 petang membabitkan Toyota Hilux dan Nissan Navara.



“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Nissan yang datang dari arah Long Lama ke Miri hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Toyota.


"Pertembungan itu menyebabkan penumpang Nissan Navara, seorang lelaki tempatan, 47, maut di tempat kejadian. Sementara pemandu kedua-dua kenderaan masing-masing berusia 41 dan 65 tahun cedera,” ujarnya.


Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.