Pengundi Sarawak sudah ada pilihan, Abang Jo

Abang Johari yang hadir bersama isteri Juma'ani mengundi untuk PU15 di (SK) Merpati Jepang hari ini. Kelihatan sama Fadillah (dua kanan).

KUCHING— Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg selesai membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang hari ini.


Beliau yang mengundi di saluran satu selesai menunaikan tanggungjawabnya pada 9.30 pagi. Abang Johari ditemani isteri Puan Sri Juma'ani Tun Tuanku Bujang yang turut menunaikan tanggungjawab di lokasi yang sama.



Abang Johari ketika ditemui berkata, beliau bersyukur dengan kempen selama dua minggu yang berjalan lancar di seluruh Sarawak.


Beliau menyeru para pengundi mengambil peluang cuaca yang cerah dan baik pagi ini untuk keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab.


“Nampaknya di seluruh Sarawak, alhamdulillah perpaduan kita cukup. 


Rakyat mempunyai pilihan dan saya harap supaya negara kita  aman dan selepas pilihan raya umum iaitu kerajaan yang stabil,” katanya.


Hadir sama calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerusi Parlimen Petra jaya Datuk Sri Fadillah Yusof.


Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri Datin Ruziah Mohd Tahir menunaikan tanggungjawab mengundi pada jam 8.56 pagi di SK Rakyat, Jalan Haji Bolhassan, Kuching.


Terdahulu Fadillah dan isteri Datin Ruziah Mohd Tahir menunaikan tanggungjawab mengundi pada jam 8.56 pagi di SK Rakyat, Jalan Haji Bolhassan, Kuching.


Fadillah yang juga Menteri Kanan Kerja Raya dan Ketua Whip GPS berterima kasih kepada semua petugas termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pasukan keselamatan, sukarelawan dan media bagi memastikan kelancaran pilihan raya kali ini.



"Perjalanan pilihan raya kali ini berjalan dengan baik dan di Kuching, kita bersyukur cuaca baik dan cerah membolehkan pengundi keluar mengundi beramai-ramai. 


"Saya sendiri mengundi di SK Rakyat, Jalan Bolhassan. Proses pengundian di sini lancar meskipun ada sedikit masalah pada awalnya di saluran dua. Namun ia sudah berjaya diselesaikan,” katanya.


Fadillah berharap cuaca terus kekal baik dan pengundi dapat keluar mengundi beramai-ramai supaya peratusan pengundi lebih baik.


Di kerusi parlimen Miri, calon GPS Miri Kaunselor Jeffery Phang tiba di pusat mengundi SKJ(C) Chung San sekitar jam 7.25 pagi dan selesai membuang undi pada 7.58 pagi.


Calon GPS kerusi Parlimen Miri Kaunselor Jeffery Phang tiba mengundi SKJ(C) Chung San, Miri.


Jeffery ditemani isteri Hii Wei Keong dan Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I merangkap ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang.


Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Lawrence Lai di SK Pujut Corner manakala calon Pakatan Harapan Chiew Choon Man dari PKR di SMK Riam.


Di kerusi Parlimen Limbang, calon GPS  Datuk Hasbi Habibollah dan isteri Datin Elsi Marlisa Abdullah menunaikan tanggungjawab membuang undi di Pusat Mengundi  di SK Melayu Pusat.


Datuk Hasbi Habibollah dan isteri Datin Elsi Marlisa Abdullah menunaikan tanggungjawab membuang undi di Pusat Mengundi di SK Melayu Pusat, Limbang.


Hasbi  berbaju kemeja berwarna hitam dan isteri tiba di pusat mengundi itu pada pukul 8 pagi.


Manakala Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) Datuk Dr Abdul Rahman Ismail  tiba bersendirian di pusat mengundi Dewan Kampung Buangsiol jam 9 pagi.

Next Post Previous Post