Papan tanda parti politik dicabut


KUCHING--Polis Sarawak menerima tiga laporan polis kesalahan  semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semalam.


Jurucakap Media PRU-15, Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Sarawak, Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata, sebanyak tiga kertas siasatan dibuka membabitkan dua kertas siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan curi, di mana papan tanda sebuah parti politik telah hilang di tempat asal ia dipasang disyaki dicabut dan dibawa lari orang yang tidak dikenali di Tebedu dan Serian.


"Satu lagi kertas siasatan dibuka di bawah Seskyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998/ Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu menerima sumbangan berupa wang yang telah di viral dalam aplikasi Facebook, kesalahan iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian/penyogokan, kejadian berlaku di Lundu.


"Pihak polis juga telah meluluskan sebanyak 265 permit ceramah dan kempen kepada parti-parti politik di seluruh negeri Sarawak," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, Pesuruhjaya Polis Sarawak turut menasihatkan parti politik yang bertanding supaya mengingatkan penyokong masing-masing supaya tidak melakukan perbuatan  yang menyalahi undang-undang yang boleh disabitkan dengan kesalahan Jenayah, demi mengekalkan keharmonian masyarakat.

Next Post Previous Post