Notification

×

Iklan

Iklan

Maritim tahan bot tunda, tongkang gagal kemuka dokumen

| November 07, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-11-07T04:56:04Z
Gambar APMM Miri

MIRI--Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Miri  menahan dua bot tunda berserta sebuah tongkang dengan muatan papan lapis pada jarak 2.3 batu nautika dari barat daya Kuala Baram, petang semalam.


Pengarah Zon Maritim Miri, Mohd Shafie Paing dalam kenyataannya hari ini berkata, dua bot tunda berserta sebuah tongkang dengan muatan papan lapis itu dikesan aset APMM berada dalam keadaan mencurigakan lalu ditahan pada jam 7.05 petang.



"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua  bot tunda beserta tongkang tersebut dikendalikan oleh 15 kru lelaki termasuk nakhoda yang merupakan seorang warganegara Malaysia, 11 warganegara Indonesia dan tiga orang warganegara India berusia dalam lingkungan umur 22 hingga 46 tahun. 



Katanya, pemeriksaan terhadap dokumen mendapati sebuah bot tunda telah mengemukakan dokumen Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL) tamat tempoh dan sebuah lagi bot tunda beserta tongkang telah gagal kemukakan Sufferance Wharf yang sah terhadap muatan yang dibawa ketika diperiksa.



Kesemua kru, dua bot tunda dan sebuah tongkang beserta muatan papan lapis tersebut menurut Mohd kemudiannya  ditahan untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Kes  ini katanya akan disiasat dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Kastam 1967 bagi kesalahan yang dilakukan.

×
Berita Terbaru Update