Lelaki warga emas terperangkap dalam bilik mandi berjaya diselamatkan

Anggota bomba memotong geriji besi dalam usaha menyelamatkan mangsa. Gambar kredit Bomba

MIRI—Ketangkasan ‘abang Bomba’  berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga emas yang terperangkap di dalam bilik air kediamannya di Jalan Jee Foh 3, Krokop, malam tadi.


Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 9.50 malam.



"Kita dimaklumkam kejadian oleh jiran belakang rumah mangsa yang kebetulan terdengar suara mangsa meminta tolong,' ujar Pemangku Bomba Zon 6 Miri Ahmad Nizam Sapaiee.


Katanya, mangsa berusia 60 tahun itu tinggal bersendirian ketika kejadian berlaku.



Difahamkan, pintu bilik air mangsa telah terkunci sebaik sahaja mangsa masuk hendak mandi.


Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral tiba di lokasi enam minit selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut.


"Anggota Bomba terpaksa memotong empat pintu termasuk geriji besi depan kediaman mangsa untuk memasuki rumah tersebut menggunakan peralatan khas," ujar Ahmad Nizam.


Operasi tamat pada jam 11.23 malam.

Next Post Previous Post