Notification

×

Iklan

Iklan

Umpama menang loteri dapat empurau

| November 09, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-11-09T06:39:05Z
Firstelly (kiri) menunjukkan ikan empurau seberat 16.5 kilogram yang dijalan di Sungai Katibas, Sabtu lalu. Gambar kredit FB Firstelly Anthony

SONG— “Lazimnya saya menggunakan pancing, namun kali ini saya menggunakan jala. Jala pula harus jarang. Lagi cetek dasar sungai lagi bagus peluang mendapat empurau,” kata Firstelly Anthony.


Beliau menceritakan pengalaman menjala seekor empurau seberat seberat 16.5 kilogram di Sungai Katibas, pada Sabtu.


Gambar kredit FB Firstelly Anthony


“Saya memang selalu memancing dan menjala ikan empurau, namun inilah yang terbesar,” katanya dihubungi Borneo Network.


Fistelly berkata, menangkap empurau menggunakan teknik menjala tidak perlu umpan, cukup memadai paras air yang cetek.


Gambar kredit FB Firstelly Anthony


“Kalau menggunakan pancing, kami menggunakan ubi dan buah kepayang sebagai umpan,” katanya.


Firstelly turut berkongsi gambar empurau yang baru diperolehi di atas perahu.


Gambar kredit FB Firstelly Anthony


Beliau yang enggan mendedahkan harga sebenar empurau di sini berkata, harga ditentukan jenis dan saiz. Sekilo empurau putih misalnya dianggarkan berharga sekitar RM950 sekilogram.


“Harga tidak menentu. Bagi kami di kawasan Song dan Kapit, pembeli sanggup membayar dengan harga yang tinggi untuk empurau kurang daripada 10 kilogram. 


Kebanyakan pembeli di sini tidak berani membeli empurau yang terlalu besar,” katanya.

×
Berita Terbaru Update