Guna logo perahu, Hasbi Satar mahu tawan hati pengundi Betong


BETONG— Seorang ahli perniagaan yang pernah aktif dan berpengalaman dalam dunia politik mencuba nasib bertanding di Parlimen Betong dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 Nov.


Hasbi Satar, 49, yang bertanding atas tiket Bebas dan memilih logo perahu bakal berdepan pertandingan tiga penjuru menentang Dr Richard Rapu@Aman Begri (GPS-PBB) dan Patrick Kamis (PH-PKR).


Meskipun pertama kali bertanding, Hasbi cuba memenangi hati rakyat di kawasan Betong yang merangkumi Bukit Saban, Layar dan Saribas sekaligus menjadi wakil rakyat di kawasan yang sebelum ini pernah disandang oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebelum diganti Datuk Robert Lawson Chuat pada pada PRU14 yang lalu.


Meskipun masih baru dan pertama kali menghantar pencalonan, pengalaman sebagai Setiausaha Politik Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Unit Perancang Ekonomi (EPU) (2009-2010) dan Setiausaha Politik YB Menteri Kewangan II, Kementerian Kewangan (MOF) (2008-2009) cukup berharga dan dijadikan panduan.


Meneliti sejarah pembabitan sebelum berkecimpung dengan arena politik, beliau pernah menjadi Setiausaha Sulit Kanan YB Menteri Kewangan II, Kementerian Kewangan (MOF) (2004-2008) selain berperanan sebagai Pegawai Khas kepada Penasihat Khas kepada YAB Perdana Menteri, Pejabat PM (2001-2004).


Sebelum daripada itu, pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah, Seksyen Ekonomi Makro, Unit Perancang Ekonomi, JPM (2000-2001) yang sebelumnya juga merupakan Penolong Pengarah, Seksyen Ekonomi Wilayah & Alam Sekitar, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (1998-2000).


Dengan motto "Orang Kito Harapan Kito", anak kelahiran Kampung Spaoh yang lahir pada tanggal 18 Mac 1973 itu pernah menerima pengiktirafan anugerah Pingat  Kesateria Mangku Negara, Persekutuan (KSM), 2007 serta pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan (2007) dan pingat Setia Mahkota Pahang (SMP), 2008


Anak sulung daripada lapan adik beradik, kepada Haji Satar Jemain dan pasangan Dayang Jelita (Atam) Abang Zaini, memulakan pendidikan yang bermula di Sekolah Rendah Kerajaan(SRK) Spaoh (1980-1985) sebelum menyambung pendidikan Menengah di Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Spaoh (1986-1988).


Menerima Anugerah pelajar terbaik SPM (aliran sastera) di SMK Datu Patinggi Kedit, Betong (1989-1990) dan Anugerah Pelajar Terbaik STPM (5P) di SMK Simanggang, Sri Aman (1991-1992).


Beliau seterusnya menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda (kepujian), Ekonomi Analisis & Dasar Awam (UKM) (1993-1997). Tidak lengkap dengan itu beliau meneruskan pengajian dalam Diploma Pengurusan Awan (INTAN Bukit Kiara KL) kursus wajib Pegawai Tadbir & Diplomatik PTD) dan menerima Anugerah pelatih terbaik modul tentera pada 1998-1999 sebelum dilantik sebagai Pegawai Tadbir & Diplomatik .


Ahli perniagaan yang memiliki lima cahayamata hasil perkongsian hidup bersama pasangannya Roshana Alma Dato’ Mohd Ali merupakan Pengarah Ikram Muda Sdn Bhd, Pengurus Jangbie Enterprise, Pengurus Jangtribes Ventures, Pengurus Jangmultixida Ventures, Double Diamond Manager, Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd (SHOM) dan Service Centre ToneWow Group.


Penglibatan dalam Kebajikan dan keagamaan juga tidak dapat dipertikai apabila diiktiraf selalu Daie, Wassyiah Shoppe Bhd (Sosial), Ahli Jawatankuasa (Ketua Biro Kebajikan, Pengurus Koperasi, Surau Pusat Annur Country Heights Kajang (SPANCH) serta menjadi setiausaha & Ahli Lembaga Pengarah, Koperasi Surau Pusat Annur Country Heights Selangor Berhad (KOSPANCH).


Dalam pada itu beliau berkebolehan dan meminati ilmu keagamaan, membaca dan mendalami Al-Quran serta penghafal yang baik.

Next Post Previous Post