Bawa banyak pembangunan pelancongan di Santubong, Nancy
![]() |
Nancy (tengah) merakam kenangan bersama bekas Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi dan penyokong GPS |
KUCHING—Meskipun Parlimen Santubong memiliki potensi tersendiri, namun kawasan itu masih memerlukan peningkatan terutama dari segi pembangunan dalam sektor pelancongan.
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, disebabkan itu beliau komited untuk membawa lebih banyak perubahan di kawasan berkenaan.
“Parlimen Santubong mempunyai tarikan tersendiri dan perlu dibangunkan dari segi pembangunan sektor pelancongan atau erti kata lain ia merupakan kawasan ‘Toursim Belt’.
“Walaupun bukan perkara mudah untuk mewakili kawasan ini, saya berharap dapat membawa lebih banyak pembangunan dari segi pelancongan, budaya dan kesenian terutama di kawasan pinggir bandar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai proses penamaan calon bagi Parlimen Santubong di Dewan Sri Melati Institusi Kemahiran Malaysia (IKM) Kuching di sini hari ini.
Untuk rekod, Parlimen Santubong menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara GPS, calon Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Zen Peli dan calon Bebas, Affendi Jeman.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.