GPS, GRS sokong Muhyiddin dilantik Perdana Menteri Ke-10
GPS dan GRS menyatakan sokongan kepada Muhyiddin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10, GPS GRS sokong Muhyiddin dilantik Perdana Menteri Ke-10
KUCHING-- Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Perkara ini dijelaskan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dalam kenyataan medianya di Facebooknya hari ini.
"Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN pada petang ini.
"Saya telah melaporkan kepada MT PN bahawa saya telah mengadakan pertemuan dengan YAB Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Pengerusi GPS pada pagi tadi berhubung pembentukan Kerajaan Persekutuan selepas PRU 15.
"Beliau telah memaklumkan kesediaan Ahli-Ahli Dewan Rakyat GPS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10," katanya.
Selain itu, Muhyiddin berkata beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor yang juga telah menyatakan kesediaan Ahli- Ahli Dewan Rakyat GRS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepadanya sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Tambahnya, beberapa orang Ahli Dewan Rakyat lain juga telah memberikan komitmen yang sama.
"Sebagai Pengerusi PN, saya berkeyakinan bahawa saya akan memperolehi bilangan sokongan yang mencukupi daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan saya dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10 sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.