Empat penjuru di Julau, Larry lawan Salang curi tumpuan

Larry Sng (dua, kanan) bersama Salang (kiri) dan dua lagi calon dari PBDS dan Bebas.

JULAU — Kerusi Parlimen Julau yang disandang oleh Datuk Larry Sng Wei Shien menyaksikan persaingan empat penjuru pada PIlihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Larry yang juga Presiden Parti Bangsa Malaysia akan ditentang oleh calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) mewakili Parti Rakyat Sarawak Datuk Joseph Salang Gandum.


Dua lagi ialah ialah wakil Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) Susan George@Suhana Abdullah dan seorang calon Bebas, Elly Lawai.


PRU kali ini semestinya mencuri tumpuan memandangkan kedua-dua bekas ahli parlimen Julau itu mempunyai kekuatan untuk meraih sokongan yang diterjemahkan melalui undi.


Karier politik Sng bermula dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pada 2001. Beliau menyertai PRS pada 2004 selepas PBDS dibatalkan pendaftarannya.


Pada 2013, beliau mengasaskan Parti Pekerja Sarawak (SWP) tetapi meninggalkannya tiga tahun kemudian, dan bertanding pada PRU 2018 sebagai calon Bebas.


Salang menjadi Ahli Parlimen Julau selama empat penggal dari 1999 sebelum kerusi itu dirampas oleh Sng pada 2018 dalam pertandingan satu lawan satu dengan majoriti 1,931 undi.


Salang yang bertanding di bawah panji Barisan Nasional (BN) sekadar mendapat 10,105 undi manakala Larry memperolehi 18,174.


Media arus perdana meramalkan Sng mempunyai peluang yang tipis untuk menang dalam PRU15.


Kekerapan bertukar parti sehingga dilabel sebagai ‘katak’ mungkin menyebabkan mungkin Sng hilang kerusi itu pada PRU kali ini, lapor banyak media.


Salang pula dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat di Julau dan sentiasa bergerak agresif sejak 2018. 


Di bawah GPS, Salang dilihat mampu mengembalikan sokongan sekaligus menebus kekalahan pada PRU14.

Next Post Previous Post