DAP tiada polisi untuk calon PRU isytihar harta

DAP tidak mempunyai polisi mewajibkan calon-calonnya yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, DAP tiada polisi untuk calon PRU isytihar harta
DAP hanya perlu berbuat demikian jika mereka dilantik sebagai menteri Kabinet 

GEORGE TOWN— DAP tidak mempunyai polisi mewajibkan calon-calonnya yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk melakukan pengisytiharan harta, kata Setiausaha Agung parti itu Anthony Loke.


Beliau berkata wakil DAP hanya perlu berbuat demikian jika mereka dilantik sebagai menteri Kabinet, lapor Bernama.


"Kami tidak mempunyai polisi sebegitu. Jika kami dilantik sebagai kerajaan dan dilantik sebagai menteri Kabinet, pastinya kami akan mengisytiharkan aset seperti yang telah dilakukan sebelum ini,” katanya.


Sebahagian besar daripada 72 calon PKR yang merupakan rakan kerjasama DAP dalam Pakatan Harapan (PH), telah membuat pengisytiharan aset mereka sebagai syarat untuk bertanding pada PRU15.


Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengesahkan telah melakukan pengisytiharan harta dengan memiliki aset bersih bernilai sebanyak RM11.17 juta.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.