BN setuju beri jawatan TPM 2 kepada Sabah dan Sarawak?
![]() |
Affendi Jeman mendakwa cadangan melantik jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Kedua dari Sabah dan Sarawak dipersetujui pucuk pimpinan BN. |
KUCHING--Calon bebas Parlimen Santubong, Affendi Jeman mendakwa cadangan melantik jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Kedua dari Sabah dan Sarawak telah dipersetujui pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).
Katanya, keputusan tersebut dipersetujui sejurus beliau melakukan usul cadangan berkenaan kepada kepimpinan BN di peringkat pusat.
“Alhamdulillah kepimpinan BN di peringkat pusat telah membuat kenyataan dan bersetuju memberikan jawatan TPM Kedua kepada wakil dari Sabah dan Sarawak kelak.
“Malah pucuk pimpinan turut bersetuju memasukkan usul ini dalam manifesto BN,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Affendi berkata, beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) atas desakan rakyat di Parlimen Santubong dan bukan atas faktor peribadi.
“Saya akan bertanding sebagai calon bebas rakan BN. Saya penyokong tegar BN dan tidak dapat dinafikan BN banyak berjasa kepada Sarawak.
“Namun sayangnya BN ditinggalkan oleh pemimpin-pemimpin di Sarawak. Jika saya diberi kemenangan, saya akan menuntut jawatan TPM Kedua.
Saya bukan hendak menjadi Yang Berhormat tetapi saya mahu menjadi Yang Berkhidmat kepada rakyat,” katanya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.